Thyroid

Assalamualaikum,

Orite,first of all,pasal topik ni saje nak sentuh sket sebab ana sndiri salah sorang penghidapnye. Baru discharge tengahari tadi.

Semuanya bermula dalam 2-3 tahun lepas,mak tegur..kenapa leher tu mcm bengkak je. Aku tgk cerrmin dari depan...takde ape pun. Getus hati. Kendian,aku tgk dari pandangan sisi,uishh sejak bile ak ade bengkak ni? tapi time tu tak ketara sangat...kecik je lagi..

Kendian,1st year degree tu ade la dalam 2 org rakan sekolej yang dah berjaya menjalani pembedahan ,sumpah agak ngeri la jugak tgk bekas torehan tu...dan faktor pengangkutan sama,serta banyak prosedur sebab pegi hospital gomen ni paham2 je la prosedurnye...lama dan banyak sangat...duit pon xbrpa nak hadorr..

Kendian,makin lama makin besar bengkaknya..dah macam halkum dah..kawan2 nasihat pergi check..sampai la bertukar ke tempat baru kt penang. Ade satu hari ni,join usrah..then akak naqibah ni..kak sarah namanya,doktor. Saje la tnyekan die pasal penyakit ni. Die yang sarankan pegi buat check up,sebab die tgk takde lagi tanda2 yg teruk lagi. Time ni la tercetusnya idea nak pegi check kt hospital tupai.

Dari amik darah,ultrasound...observation of the symptom. Then sampai la kite refer pada specialist ent,head and neck. Doktor check dan dari laporan,doktor bagi dua pilihan. Sama ada biarkan ketulan tu membesar dan meliputi seluruh leher dan  berkemungkinan akan jadi kanser,dan mase nak bedah nanti akan terjadi pendarahan yang melampau atau bedah sekarang semantara masih tak berisiko nak bedah. So,aku pilih....

22hb Disember

Semalaman tak boleh tidur walaupun dah telan ubat tidur yang diberi doktor. Pergi hospital,family escort kecuali adik bongsu. Time ni mood ngantuk. Doktor pun tak mai lagi. Kami tggu dalam 15 minit,kemudian mak teman pegi naik wad,tukar baju bedah,pakai tag nama. Nurse sruh aku duduk atas wheelchair then die sruh lepak dlu kt bilik tahanan. Tggu doktor ready dlu,kendian ade 2 doktor sorg doktor bius sorg doktor pakar bedah. Doktor bius dtg bilik tahanan and sembang2 dgn aku. Tibe-tibe peramah plak kan,macam tak tau taktik nak bius tu.

Then bile doktor n the team dah ready,aku dibaringkan n serta merta tangan kanan dicheck tekanan darah,tangan kiri diikat dan dicucuk bius,time ni doktor bius sembang2 lagi tanya aku blaja mana plak. Sorg nurse ni letak face mask n sruh aku bernafas mcm besa,oksigen katenye. Ak tau dalam kiraan 3 saat aku akan pitam.

2 setengah jam kemudian

Aku dengar ade suara gerak aku. Suara doktor yang bius aku mula-mula tadi. Time tu dah sedar tapi tak mampu nak gerak apa-apa,cuma boleh dengar perbualan doktor dengan parent je kt bilik tahanan. Lame jugak kne tahan,time tu hanya mampu gagahkan diri angkat tangan mengapai-gapai udara. Bila doktor tgk aku mcm dah stabil sket,dia arahkan nurse utk suapkan aku minuman melalui straw. Tengok aku boleh minum atau tak,baru dilepaskan ke wad biasa.

Khayal

Pkul 3.30 atas katil masih lagi berkhayal maybe kesan ubat bius yang tersangat kuat melampau. Doktor cakap muke aku time ni mmg pucat sangat2. Hilang darah yang banyak dan berpuasa sama tu yg pucat melampau tu. Perut memang mintak diisi,berkriuk-kriuk,tapi nak makan tak mampu,sakit. Aku cuba jgk la rendam kek buah dalam air teh dan cuba jamah perlahan-lahan,tuhan je tahu betapa sakitnya tekak ni nak telan sebelum makan ubat dan tertido. Pkul 6 terjaga,mamai sekejap ,abah dgn adik yang bongsu tu mai jenguk. Tengah duk bercakap2 dgn family,tak memasal rasa loya n muntah cecair bercampur darah dipercayai dari ketulan yg pecah tadi tu. Lepas makan painkiller baru la boleh hadap bubur utk makan malam.

Malam tgk jap Suamiku Encik Sotong sampai terlena-lena ayam. Esok pagi pkul 6,nurse dah gerak bagi minum milo n makan obat. Kendian die check tekanan darah. Breakfast die kasik nasi goreng,lunch bubur. Bubur lagi? Telan je la..Sebelum lunch tadi,doktor tukar pembalut luka,die tnye nak tgk tak? Aku pegang cermin,tgk..mak aihh panjang juga bekas torehan..lpas tu rehat kejap n then doktor panggil pegi klinik die. Nak teropong kt bahagian dalam leher,ade pendarahan dalaman. Sebab tu,asyik keluar ketulan darah beku dari tekak je lepas operate tu.

Pkul 1tgh mcm tu,trus discharge..


1 comment: