Istilah Makanan Yang Berkaitan dengan Babi

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label yang bertulis ' This product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud ' Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu,antara label yang kerap digunakan adalah ' The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'.

Berikut adalah istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan spesis babi.

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa,berat melebihi 50 kg.

4. Babi : Babi liar.

5. Lard : Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai,termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

9. Sow Milk : Susu babi.


10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Awas umat Islam!! Berhati-hati.
credit to: myberita.com


No comments:

Post a Comment