Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita

Assalamualaikum dan salam muhibbah. Dalam post kali ini, Hamka ingin kongsikan 16 Ciri-ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Kaum Hawa. Berikut termasuklah ciri-ciri lelaki idaman wanita:


1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
11. Yang sentiasa dalam dirinya tertanam rasa Syukur kepada Allah atas setiap apa yang diperolehinya.
12. Yang sentiasa membantu si isteri dalam urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah atau membasuh pakaian.
13. Yang sentiasa menjadi teman, sahabat, kekasih dan suami dalam apa jua keadaan samada senang mahupun susah.
14. Yang sentiasa memahami serta menjaga perasaan si isteri.
15. Yang pandai menghormati orang tua, keluarga, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling.
16. Yang mampu memimpin diri sendiri, isteri dan anak-anak, keluarga dan orang lain dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab.
Kesemua ciri-ciri ini memang sukar ada dalam setiap orang lelaki. Namun, tidak salah bagi seorang lelaki mencuba untuk memenuhi ciri-ciri ini untuk kejayaan diri dan keluarga Dunia dan Akhirat. Wallahu’alam.
Kredit to:tipsperkahwinan.blogspot

No comments:

Post a Comment